Kontroversi dan akibat Kontroversi stoking kalimah Allah 2024

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Razali Idris mempersoal kenapa pihak bukan Islam dilihat berusaha meredakan isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Super Mart. Beliau dalam kenyataanya menyoal kenapa DAP dan MCA bersuara lantang dalam meredakan isu ini dan ada sesuatu yang hendak dipertahankan atau bimbang kerana boikot umat Islam. "Jawapan sebenar dalam hal ini ialah menghormati. Semua rakyat Malaysia kena hormat, peka, tidak prejudis dan memahami silang budaya serta keagamaan. Umat Islam di negara ini tidak pernah berdiam diri apatah lagi ada pihak memperlekehkan Islam dalam apa cara sekali pun," ujar beliau.[40]

Penahanan limpahan

Pada 21 Mac, seorang pengguna Facebook Ricky Shane Cagampang dipenjara enam bulan dan denda RM15,000 atau penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda kerana memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah. Tertuduh didakwa menyalah guna kemudahan jaringan atau perkhidmatan jaringan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia dan dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 12.05 tengah hari, 17 Mac lalu melalui akaun Facebook. Jika disabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda hingga RM50,000 atau dipenjara hingga setahun atau kedua-duanya, selain boleh didenda RM1,000 setiap hari jika meneruskan kesalahan terbabit. Dalam mitigasinya, Ricky yang berasal dari Tawau, memberitahu mahkamah dia adalah mualaf selepas memeluk Islam di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Kota Kinabalu pada Mac 2021.[41]

Pada 22 Mac, Chiok Wai Loong, seorang juruteknik aplikasi sosial telah dihukum penjara enam bulan dan denda RM12,000 setelah tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan hakim, Suzana Hussin. Tertuduh mengaku yang dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik, melalui perkhidmatan aplikasi Facebook, menggunakan nama profil namanya pada 18 Mac.[42]

Terorisme

Pada 26 Mac, sebuah cubaan serangan bom telah dibuat di sebuah cawangan KK Mart di Perak dengan menggunakan bom petrol. Walau bagaimanapun, bom dibaling gagal meletup.[43]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi stoking kalimah Allah 2024 https://www.myberitaterkini.com/2024/03/stoking-ka... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071253... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070989... https://majoriti.com.my/berita/2024/03/16/kk-mart-... https://www.melakahariini.my/polis-buka-kertas-sia... https://www.sinarharian.com.my/article/655468/beri... https://www.nst.com.my/news/nation/2024/03/1028871...